Salam ceria semua, hari ini bermula siri kenali Rempah Warisan . Saya akan kongsi maklumat umum rempah dan topik akan dikembangkan menjur...

Kulit Kayu Manis, dengan nama saintifik Cinnamomum Zeylanicum adalah dari keluarga herba jenis Lauraceae. Kalau dalam Masterchef Australia, mereka sebut cinnamon. Kalau di US sama saja.(Yalah, sebab cakap Inggeris daa..)
Sering digunakan dalam masakan sebagai penumis. MAsakan yang menggunakannya sebagai penumis adalah kari, rendang dan masakan yang ada perasa manis di hujungnya. Boleh digunakan juga sebagai ramuan dalam kek dan hidangan pencuci mulut.
Rasanya yang kuat mampu membangkitkan selera, dan digunakan sebagai bahan penting kepada masakan yang mempunyai rasa yang kurang selera di tekak.
Dari aspek manfaat kepada tubuh, kayu manis dapat memberi khasiat perawatan seperti:-
- Mengubati selsema
- Membuang angin dalam badan
- Merawat sengugut
- membantu pencernaan
- Malancarkan aliran darah
- Menghilangkan loya
- Mencantikkan kulit
Terima kasih kepada sahabat dari blog rempahtimur, kerana membekal maklumat yang fantastik!
COMMENTS