Keseluruhannya, terdapat 3 kategori pemilihan menu makanan komersial. Kategori ini dipilih berdasarkan kemampuan memberi nilai kepada pen...

Nilai yang dimaksudkan sama ada dari kuantiti produk, saiz dan kelazatan.
Kita mahu pelanggan menjamah juadah kita tanpa sebarang keraguan, tentang saiz hidangan (portion) yang kecil, kuantiti yang sedikti atau kompromi dengan kelazatan, walau kuantiti dan saiz amat memuaskan.
Kategori pertama adalah menggunakan konsep expose quantity.
Expose Quantity
Dalam bahasa ibunda kita, Saiz terdedah. Contoh juadah ketagori ini adalah seperti ayam goreng, karipap, kuih badak.
Makanan ini menunjukkan saiz yang sebenar kepada pelanggan. Menu seperti ini menjana keuntungan yang sangat rendah. Biasanya di bawah garisan selamat.
Jika anda bercadang menjana untung dari kategori ini; pastikan ianya sedap dan mampu dijual dalam kuantiti yang amat banyak.
Selanjutnya, kita akan mengetahui kategori lain makanan industri di tulisan akan datang. Sementara itu, mari aplikasikan ilmu masakan yang mudah untuk menghasilkan makanan yang berkualiti dengan nilai tambah ekstra! :)
kredit imej dari nazlee.com
COMMENTS