Setakat ini, kita dah mengetahui 2 kategori pemilihan dalam menu makanan komersial. Mengetahui ketegori ini, memudahkan kita memilih bida...

Bak kata orang sukan, bila tahu gol, senang untuk menjaring. Mudah-mudahan Malaysia menang Ahad ini. Amin...
Buat rujukan anda, 2 kategori ada di sini (kategori 1) dan di sini (kategori 2 ). Guru berpesan, sebelum melangkah jauh, baik juga kita jenguk cermin pandang belakang, supaya dapat ambil ikhtibar terdahulu. Ulangkaji, meminimakan langkah yang songsang.
Mudahkan pembelajaran. Kategori ke tiga ini amat berfaedah untuk dipelajari. Ini kerana kategori inilah yang emnjana keuntungan lumatan kepada pemain industri ini. Ia adalah expanded quantity, atau kuantiti yang dikembangkan/ besarkan.
KAtegori ini merujuk kepada menu yang lebih besar saiznya dari bahan asalnya. Seperti pau, semasa belum masa ia kecil, tetapi setelah kukus, ia besar dan mengiurkan!
Contoh expanded quantity adalah seperti kuih pau, donat, roti, ais krim. Menu seperti ini memberi pulangan yang sangat-sangat lumayan.
Kadar marginnya bukan sahaja berada di atas garisan selamat, malah berdaya maju untuk diniagakan. Sehinggakan ada satu contoh makanan
yang berada dalam kategori ini boleh menjana keuntungan sehingga 1200%.
Maksudnya kadar keuntungannya 12 kali ganda dari harga kos!
Hal ini kerana, diteliti contoh makanan sebegini, ia mengembang kepada saiz yang lebih besar. Ini membuatkan pelanggan rasa berbaloi untuk menjamahnya. Apatah lagi ianya menyelerakan.
Mahu untung dalam industri ini? Pelbagaikan kategori menu anda, dan anda akan sedar; kebanyakan keuntungan atau kebolehtampung kerugian anda diselesaikan oleh menu kategori ini.
kredit imej: azzaazman.blogspot.com
COMMENTS